Di Malaysia, kain yang mempunyai motif berwarna cerah atau warna muda seperti warna pelangi ini lazimnya digunakan sebagai kain selendang, jarang dibuat baju atau kain.
PERNAHKAH anda mendengar tekstil tradisional yang dikenali kain pelangi? Kain ini pernah dipakai oleh kaum wanita Melayu zaman dahulu tetapi telah lenyap setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Tekstil ini menggunakan teknik ikat celup seperti kain limar. Bezanya kain pelangi mengikat pada kain kosong yang telah siap, manakala kain limar dibuat dengan mengikat benang pakan sebelum benang itu ditenun. Tujuan teknik mengikat ini adalah untuk menghasilkan corak pada kain.
PROSES IKAT CELUP
contoh corak ikat celup
Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan
MENARIK. Sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada murid-murid.
ReplyDeleteTahniah. Semoga terus mengemaskini blog untuk dikongsi bersama
ReplyDeleteidea yg simple dan sangat menarik... akan dicuba... tq teacher!! hihi
ReplyDeleteidea yg bagus!
ReplyDeleteIsi kandungan yang mantap, sangat bagus!
ReplyDeleteBlog cikgu sangat cantik! Tahniah!
ReplyDeleteVery interesting
ReplyDeletebagus.. maklumat jelas
ReplyDelete