Wednesday, November 14, 2012

SENI ANYAMAN

 Pengenalan
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.


 
anyaman dimensi baru

Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
bilah rotan
Jenis-jenis Anyaman
1. Anyaman Mengkuang – Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain
2. Anyaman pandan – Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh – Jenis-jenis buluh yang sesuai – Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4. Anyaman Rotan – Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5. Anyaman Lidi – Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang
Puan Aminah binti Ali
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:
i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

KAIN PELANGI (Ikat celup Corak Pelangi)

Kain Pelangi
Di Malaysia, kain yang mempunyai motif berwarna cerah atau warna muda seperti warna pelangi ini lazimnya digunakan sebagai kain selendang, jarang dibuat baju atau kain.
PERNAHKAH anda mendengar tekstil tradisional yang dikenali kain pelangi? Kain ini pernah dipakai oleh kaum wanita Melayu zaman dahulu tetapi telah lenyap setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Tekstil ini menggunakan teknik ikat celup seperti kain limar. Bezanya kain pelangi mengikat pada kain kosong yang telah siap, manakala kain limar dibuat dengan mengikat benang pakan sebelum benang itu ditenun. Tujuan teknik mengikat ini adalah untuk menghasilkan corak pada kain.


 PROSES IKAT CELUP

contoh corak ikat celup

Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan

Bahan-bahan yang selalu  digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan




Thursday, October 25, 2012

MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN - rama-rama

video

MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN - 3D topeng

video

MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN - kerusi

video

MENGGAMBAR - Melukis bunga

video

MENGGAMBAR - Melukis dinosaur 2

video

MENGGAMBAR - Melukis dinosaur 1

video

MENGGAMBAR - Melukis ikan 2

video

MENGGAMBAR - Melukis ikan 1

video

MENGGAMBAR - Melukis zebra

video

Teknik gosokan - pasu bunga

video

Teknik capan

video

Cara membuat origami rama-rama

video

Hasil karya murid ~ 2

Murid-murid bekerjasama menyiapkan hasil karya mereka.


Hasil-hasil tersebut kreatif and cantik.

Hasil karya murid ~ 1

  








 




















Origami Katak

Bahan ABM PSV 1

BIDANG: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

 SENI MELIPAT KERTAS (ORIGAMI) 

Lihatlah hasilnya, boleh diletakkan di dinding kelas sebagai hiasan!
                                     
       Cara dan langkah membuat origami burung

                            Origami sepasu bunga

 Cara dan langkah membuat origami sapasu bunga

langkah 1: menyediakan bahan-bahan seperti gambar yang tunjukkan.

 

langkah 2: lipat dua kertas warna tadi yang menjadi bentuk segi tiga. 
                

langkah 3: lipat bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri. 
      

    

langkah 4: buka lipatan bentuk berlian tadi.


   


langkah 5: lipat dan sama ratakan bucu atas sebelah kanan lalu gamkan.


 


langkah 6: melekatkan batang bunga pada daunnya.




 
langkah 7: melekatkan daun pada pasunya. 

Friday, October 12, 2012

4 Bidang PSV KSSR



PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR 

EMPAT BIDANG DALAM PSV KSSR
Kandugan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
  1. Menggambar
  2. Membuat Corak dan Rekaan
  3. Membentuk dan Membuat Binaan
  4. Mengenal Kraf Tradisional
Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu:
a. Standard Kandungan 1: persepsi estetik
b. Standard Kandungan 2: aplikasi seni
c. Standard Kandungan 3: ekspresi kreatif
d. Standard Kandungan 4: apresiasi seni

Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berasaskan standard kandungan.